Pasukan Liga Premier Negeri Sembilan hari ini telah mula berlatih di Padang Sintetik PBNS, Seremban setelah mendapat kelulusan daripada MFL untuk berlatih di Padang Terbuka.

Terdahulu, Kerajaan Malaysia telah meluluskan kebenaran kepada sukan bola sepak untuk memulakan sesi latihan tanpa sentuh ‘no contact’. Usaha itu di sambut baik MFL yang telah memaklumkan kepada semua pasukan untuk membuat permohonan latihan Fasa 1 kepada MFL mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti membuat ujian calitan dan keputusan perlu mendapat pengesahan daripada doktor pasukan, mendaftarkan pusat latihan di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), menamakan venue latihan tertutup dan lain-lain lagi.

Pasukan Negeri Sembilan telah menjalani ujian calitan pada 12 Jun 2020 dan telah memulakan sesi latihan pada 16 Jun 2020 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi setelah mendapat kelulusan daripada MFL bagi memulakan latihan.

Nazrul Kamaruzaman dan Shahurain Abu Samah berlatih di Padang Sintetik PBNS, Seremban
Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

TOP