Tarikh 15 Julai 2020 adalah tarikh di mana Kerajaan Malaysia telah membenarkan setiap pasukan Liga Malaysia berlatih secara sentuhan.

Usaha tersebut disambut baik Pasukan Negeri Sembilan yang memulakan sesi latihan pada pagi ini. Sesi latihan dimulakan dengan sesi pemanas badan seterusnya pasukan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan pasukan berlatih small sided game bagi menambah baik aspek teknikal, taktikal dan fisiologi.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman setelah keputusan dicapai selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Julai 2020.

Pemain Pasukan Negeri Sembilan memakai Jersi Latihan Admiral AJ001 (Merah) dan anda boleh mendapatkan Jersi latihan tersebut di www.n9fc.com atau di PBNS Concept Store.

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

TOP