Ketua Jurulatih, Azzmi Aziz memberi penerangan berkenaan sesi latihan petang tadi

Pasukan Piala Presiden telah mula menjalani latihan petang tadi bagi membuat persiapan Pasukan bagi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2021. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu telah membuat pemakluman berkenaan pembatalan Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Tempatan pada 1 Jun 2020.


Walaupun pertandingan telah dibatalkan, Persatuan ini telah memberi kepercayaan kepada Ketua Jurulatih Piala Presiden, Azzmi Aziz membuat persiapan awal bagi menghadapi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2021 yang dijangka akan bermula pada bulan Mac 2021.

Semoga segala persiapan yang dirancang dapat berjalan lancar dan selamat maju jaya diucapkan.

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

TOP