Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) adalah Persatuan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJSM) dan merupakan Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). PBNS juga adalah Rakan Kongsi kepada Malaysia Football League (MFL) di mana Pasukan Liga Premier Negeri Sembilan mengambil bahagian di dalam pertandingan Liga Premier.

Persatuan ini diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1923 dan kini mempunyai 23 ahli gabungan dari semua peringkat daerah termasuk kelab-kelab berdaftar.

Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan terletak di Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban di mana terdapat beberapa fasiliti untuk pasukan menjalani latihan serta orang awam juga dapat menggunakan fasiliti tersebut. Antaranya adalah Padang Sintetik PBNS, Rahang yang telah siap dibina pada tahun 2018 di mana padang ini digunakan oleh Pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia untuk menjalani latihan. Kemudahan tersebut juga boleh digunakan orang awam sekiranya terdapat kekosongan dengan kadar sewaan yang berpaututan bagi tujuan riadah bola sepak. Padang Sintetik ini juga dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah.

Selain kemudahan Padang Bolasepak, Persatuan ini juga mempunyai kemudahan Gimnasium PBNS Kapten GYM di mana Persatuan ini telah berkolaborasi dengan Kapten GYM bagi menyediakan peralatan gimnasium kepada pemain-pemain, kakitangan serta kegunaan orang awam dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Persatuan ini juga mempunyai Kedai ‘PBNS Concept Store’ yang menjual barangan sukan Admiral yang merupakan penaja pakaian rasmi Pasukan Negeri Sembilan bagi musim 2020. Terdapat pelbagai jenis pakaian yang di jual di PBNS Concept Store seperti Jersi Pasukan Negeri Sembilan, Baju Latihan, Baju T-Polo,Seluar Sukan dan juga pakaian sukan untuk kanak-kanak.

Sebarang info terkini mengenai PBNS, boleh layari sosial media PBNS di Facebook (pbns1923), twitter(@pbns1923) dan Instagram (pbns1923)

TOP