NextGen Development Camp 1.0 – NGDC

Negeri Sembilan FC terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan belia dengan penganjuran NextGen Development Camp 1.0 (NGDC) — sebuah kem pembangunan elit yang bakal berlangsung dari 17 hingga 23 Januari 2026 di Pusat Latihan PBNS, Seremban.

Program intensif selama tujuh hari ini bakal menghimpunkan 35 pemain berusia 18 hingga 20 tahun (31 pemain outfield dan 4 penjaga gol) yang terpilih untuk menyertai satu platform pembangunan bola sepak bertaraf profesional.

NGDC bukan sekadar kem latihan — ianya adalah program pendedahan profesional dan klinik bola sepak (bukan sesi pemilihan pemain), yang direka khas untuk membantu pemain muda menaikkan tahap permainan, meningkatkan kecergasan, dan memahami standard sebenar bola sepak profesional.

Dibimbing Barisan Jurulatih Berpengalaman NSFC

NGDC 1.0 akan diketuai oleh Pengarah Teknikal, Efendi bin Abd Malek, bekas penolong jurulatih Liga Super dan bekas pemain kebangsaan. Beliau turut dibantu oleh barisan jurulatih pembangunan yang berpengalaman luas dalam pembangunan akar umbi dan bola sepak profesional:

  • Coach Norhafiz Zamani Misbah – Ketua Jurulatih NSFC U20, bekas pemain kebangsaan & AFC/FAM ‘A’ Diploma Coach
  • Coach Shahurain Abu Samah – Penolong Jurulatih NSFC U20 & AFC/FAM ‘A’ Diploma Coach
  • Coach Khairal Afiq Jamal Abd Haziq – Jurulatih Kecergasan NSFC U20, Master Sains Sukan UiTM & AFC Level 2 Fitness Coach
  • Coach Jalil Man – Jurulatih Penjaga Gol NSFC U20, bekas jurulatih UiTM FC & AFC Goalkeeping Level 3

Dengan pengalaman gabungan lebih dua dekad dalam pembangunan bakat muda dan pentas antarabangsa, NGDC 1.0 menawarkan pemain acuan latihan yang sama seperti sebuah kelab profesional.

Apa yang Menjadikan NGDC Berbeza?

Kem ini direka berdasarkan standard bola sepak profesional, dengan fokus kepada pembangunan menyeluruh: teknikal, taktikal, mental, fizikal dan pembelajaran analisis permainan.

Peserta akan menerima:

Laporan Penilaian Individu

Disediakan khas oleh Pengarah Teknikal dan pasukan jurulatih NSFC, merangkumi kekuatan, kelemahan, serta cadangan pembangunan pemain.

Modul Latihan Profesional

Termasuk sesi taktikal, teknik, conditioning, analisis video dan latihan intensif mengikut standard kelab profesional.

Friendly Match

Ujian prestasi menyeluruh untuk mengukur kemajuan individu serta aplikasi taktikal dalam situasi sebenar perlawanan.

Bimbingan Terus dari Jurulatih Pembangunan NSFC

Memberi peluang kepada pemain mendapatkan input berkualiti tinggi dari tenaga kejurulatihan berlesen AFC.

Pakej Penyertaan

PAKEJ A – RM339

  • 2 set jersi & seluar latihan
  • Penginapan di PBNS Guesthouse
  • 3 hidangan setiap hari
  • E-Sijil pengiktirafan NSFC
  • Laporan penilaian individu
  • Modul & sesi video profesional
  • Latihan bersama jurulatih teknikal NSFC

PAKEJ B – RM249

  • 2 set jersi & seluar latihan
  • 2 hidangan setiap hari
  • E-Sijil pengiktirafan NSFC
  • Laporan penilaian individu
  • Modul & sesi video profesional
  • Latihan bersama jurulatih teknikal NSFC

Kem ini turut memberi tumpuan kepada aspek kecergasan fizikal, ketajaman mental, dan ketahanan stamina — elemen penting untuk pemain yang bercita-cita ke peringkat lebih tinggi.

Terbuka kepada Semua

NGDC 1.0 memberi peluang sama rata kepada pemain tempatan dan luar negara untuk merasai suasana latihan profesional di bawah struktur kelab Liga Super Malaysia.

Pendaftaran Dibuka Sekarang!

Hanya 31 pemain dan 4 penjaga gol akan diterima bagi mengekalkan kualiti, fokus, dan eksklusiviti program.

DAFTAR SEKARANG melalui kod QR di poster atau layari pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdemNV9GAOHPvWKy5C1nTgobHHdSgZietUpFqU0iu6KulwkJQ/viewform

NextGen Development Camp 1.0:

Level Up or Get Left Behind.
Masa depan anda, bermula di sini. Hobin Jang Hobin!